by

Pakej data khas calon SPM/STPM 2021 diperkenal

News Sources:

PUTRAJAYA: Golongan isi rumah B40 dan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) seluruh negara berpeluang menikmati kemudahan Internet lebih baik  melalui pelbagai inisiatif yang akan  dilaksanakan kerajaan pada suku pertama tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,  di bawah inisiatif itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi  menyediakan  pelbagai kemudahan itu.  

Katanya, enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile,  Telekom Malaysia (TM) dan TIME akan menawarkan capaian WIFI percuma di kawasan umum di 130 Projek Perumahan Rakyat (PPR) terpilih seluruh  negara sehingga akhir April 2021. 

Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan memperkenalkan tawaran Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 bermula 6 Januari sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021.

“Waktu operasi di kesemua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan dari  pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari.

“Maklumat lanjut boleh didapati di laman web SKMM dan syarikat perkhidmatan  telekomunikasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, kerajaan dengan kerjasama pihak industri juga akan melaksanakan program  subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti yang diperuntukkan  dalam Belanjawan 2021. 

Program itu katanya, dijangka bermula Mac 2021 melibatkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang  (RM15 sebulan) atau subsidi bagi menampung sebahagian kos pembelian  peranti pintar kepada golongan B40.  

Kata beliau, kemudahan data 1GB percuma yang terdahulunya akan tamat pada  31 Disember ini akan dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi  Jaringan Prihatin.  

“Saya berharap inisiatif-inisiatif yang ditawarkan ini akan memberi manfaat secara  langsung kepada golongan B40 serta memudahkan calon-calon SPM dan STPM membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed