by

Pakej PRISMA bantu karyawan seni yang hilang arah akibat PKP

News Sources:

KUALA LUMPUR -Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) beranggapan Pakej Rancangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dapat membantu karyawan seni yang terkontang-kanting sejak penularan Covid-19.

Presidennya, Ayob Abd Majid berkata, PRISMA ia datang tepat pada masanya terutama dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Ramai penggiat seni kreatif kini sudah hilang arah tujuan dan terkontang-kanting tidak tahu ke mana atau apa lagi yang boleh diusahakan bagi kelangsungan hidup.

“Apa yang lebih menarik, pakej ini jelas membuktikan kefahaman yang jitu kementerian pada ekosistem industri seni kreatif yang menyatukan pakej ini kepada semua penggiat industri iaitu filem, muzik, kandungan kreatif digital, seni visual dan persembahan serta kraf.

“Ianya adalah amat dialu-alukan seperti yang kami sering suarakan betapa perlunya Industri Kreatif ini disusun semula bagi mendefinasikan semua kegiatan yang terlibat dalam ekosistem berasaskan kreatif konten,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ayob, pakej PRISMA ini jika diagihkan kepada semua kategori ekosistem tanpa mengira kategori, saiz dan tahap kepopulariti individu atau syarikat, ianya mampu mengaktifkan semula ekonomi penggiat industri dan negara umumnya.

“Apa yang pasti, pakej ini dapat memberikan kelegaan kepada penggiat industri sedia ada terutama yang berhasrat menerap normal baru semasa dan selepas pandemi Covid-19 ini, namun menghadapi masalah modal kerja untuk memulakannya.

“Bantuan ransangan ini pasti memberi kemudahan termasuk menggunakan tekonologi digital yang sewajarnya dikemas-kinikan samada dengan pengetahuan dan kesedaran pasaran online, persembahan virtual, kelas-kelas menggunakan e-learning dan promosi media sosial dan lain-lain,” ujarnya.

Justeru beliau berharap semua penggiat seni kreatif berusaha mengeluarkan idea-idea yang unik dan terbaru bagi mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan.

“Kepada pihak kementerian dan agensi-agensi penyelaras di bawah KKMM seperti Cendana dan MyCreative Ventures pula, adalah diharapkan permohonan semua pihak dapat diproses dan diagihkan secara adil dan saksama serta tidak meminggirkan setiap kategori penggiat industri.

“Memandangkan pemberian ini bukanlah disediakan kepada pemain baru, ianya amat mudah sebenarnya untuk mengenal-pasti syarikat-syarikat sedia ada dengan trek rekod terkini,” katanya lagi.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed