by

[PANDANGAN] Dasar diplomatik Malaysia-China perlu diperjelas kepada umum – JohorKini

News Sources:

Menteri Luar Negeri yang mengetuai delegasi negara ke Republik Rakyat China perlu memperjelaskan hala tuju dasar luar Malaysia dengan republik berkenaan susulan kenyataan beliau yang menyifatkan China sebagai ‘Elder Brother’ kepada Malaysia dalam sidang media beliau bersama Menteri Luar China sebagaimana dilaporkan dan tular di laman media sosial pada 2 April 2021 (Jumaat).

Kalau China dianggap sebagai ‘Elder Brother’, maka ia memberi isyarat besar kepada hubungan diplomatik dengan negara-negara berkuasa besar lain dan negara-negara serantau dari sudut hubungan diplomatik. Ia juga menimbulkan tanda tanya terhadap hala tuju dasar luar Malaysia dengan negara-negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat, dan sebagainya.

Penggunaan terma sedemikian tidak wajar digunakan dalam memandu dasar luar Malaysia. Sikap berkecuali (Non-alignment) dan peranan sebagai kuasa pertengahan (middle power) perlu kekal konsisten dalam mengutamakan kepentingan negara.

Kementerian Luar Negeri (KLN) digesa menjelaskan kepada rakyat Malaysia penggunaan terma hubungan abang-adik yang boleh ditafsirkan sebagai China menjaga dan melindungi Malaysia manakala Malaysia mengalah dan tunduk kepada China. Sedangkan kedua-dua negara mempunyai pelbagai pertindihan isu kedaulatan yang berbangkit.

Diplomasi awam mesti diterjemah dalam kerangka dasar luar negara yang konsisten sebagaimana yang dilakukan ketika pentadbiran Kerajaan terdahulu dan membabitkan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti ahli akademik, mahasiswa kajian antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Muhammad Ariff Mohamad Nizam,
Alumni Kajian Antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Ahmad Muziru Idham Adnan,
Strategic Studies & International Relations Researcher Group (STRATEGIK)

Fakhrurrazi Rashid,
Koordinator Penyelidikan, Research For Social Advancement (REFSA)

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini



Post Views:
81





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed