by

Panggilan video atasi kesunyian pesakit warga emas

News Sources:

SITUASI pandemik COVID-19 berpotensi meningkatkan tahap kesepian dalam kalangan warga emas terumata pesakit warga emas yang terlantar di hospital disebabkan polisi lawatan yang diperketatkan. Kesepian boleh berpunca daripada kurang interaksi, dan ini memburukkan lagi kesihatan pesakit yang terlantar. Apa yang lebih membimbangkan, kesepian tidak dirawat boleh merendahkan kualiti kesejahteraan dan hidup warga emas tersebut sekaligus menjurus kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Tiada Pelawat tingkat risiko kemurungan

Perintah kawalan pergerakkan yang dilaksanakan kerajaan menyebabkan tiada pelawat dibenarkan melawat bagi kes bukan kritikal di premis kesihatan kerajaan. Tambahan lagi, masalah akan menjadi rumit apabila ada di dalam kalangan anak-anak dan keluarga terpaksa menunda tarikh discaj pesakit warga emas disebabkan perintah kawalan pergerakan. Ini mengakibatkan tempoh tinggal di hospital menjadi panjang disebakan urusan discaj keluar warga emas bukan lah semudah pesakit muda.

Tempoh rawatan yang panjang di hospital semasa perintah kawalan pergerakan ini turut
meningkatkan risiko kemurungan dalam kalangan warga emas dan jika tidak di atasi warga emas di dalam golongan ini akan berasa sedih yang keterlaluan, rasa diri tidak berguna dan dipinggirkan sekaligus akan meningkatkan mobiditi dan mortaliti dalam kalangan mereka.

Pangilan Video Atasi Kemurungan Di Hospital

Secara amnya, perkhidmatan perawatan kesihatan di hospital merangkumi pelbagai isu yang melibatkan pendekatan multidisplin dalam mencapai objektif perawatan pesakit. Jururawat merupakan mata dan telinga bekerjasama dengan doktor mengenalpasti masalah kemurungan pesakit di peringaat awal semasa pesakit masih berada di hospital.

Antara tanda yang ditunjukkan pesakit warga emas di hospital adalah sukar memberi kerjasama, mudah merajuk dan menjadi semakin pendiam. Perubahan ini terjadi kerana pesakit warga emas mula berasa tersisih, sunyi atau tertekan kerana tidak menerima sebarang lawatan dari ahli keluarga. Lebih memburukkan, majoriti pesakit warga emas tidak mahir mengunakan aplikasi teknologi yang mampu membantu menghubungkan mereka dengan anak anak dan ahli keluarga lain.

Pasukan kesihatan boleh memainkan peranan membantu pesakit warga emas mengelakkan wujudnya jurang antara ahli keluarga terutama buat ibu bapa yang memerlukan sokongan anak di waktu pandemik ini dengan cara melakukan panggilan video. Panggilan video yang dilakukan mampu menaikkan mood pesakit warga emas sekaligus membantu megurangkan rasa tersisih dan kesunyian di kalangan mereka semasa kemasukkan ke hospital sewaktu pandemik.

Reaksi Pesakit Dan Keluarga

“Misi, ini anak saya, ini anak saya”.

Perbualan video meskipun sekadar panggilan biasa dapat memberikan kegembiraan kepada pesakit warga emas kerana panggilan video boleh menjadi cara yang lebih baik untuk berbual dengan orang lain daripada hanya panggilan telefon.

Reaksi dan emosi yang ditunjukkan oleh pesakit warga emas semasa panggilan video mampu merubah senario rawatan yang diterima, sekali gus membantu mengatasi perasaan kesunyiaan pesakit semasa di hospital.

Apa yang boleh dilakukan

Berada di hospital boleh mempengaruhi mood pesakit terutama warga emas dan boleh menjadi masalah biasa bagi kebanyakan pesakit di hospital, tidak kira usia. Namun, jika tidak di atasi akan menjurus kepada gejala masalah kesihatan yang lain.

 Ikuti rutin normal sebanyak mungkin supaya merasa selesa dengan persekitaran hospital. Teruskan aktiviti yang boleh nikmati dan selamat dilakukan di hospital contoh: membaca dan berbual

 Beritahu kakitangan hospital jika merasa bingung atau ‘tidak dapat berfikir dengan jelas’,atau jika merasa rendah diri dan tertekan.

 Tingkatkan amalan spritual. Minta jururawat untuk membantu dalam aktiviti spritual seperti solat dan lain lain.

 Jaga rutin tidur. Hidupkan lampu pada waktu siang dan matikan pada malam. Elakkan tidur siang, kecuali jika letih. Tidur siang berlebihan membuat keadaan bertambah buruk.

 Kekal aktif dan lakukan latihan pergerakan biasa walau berada di katil.

 Pakai cermin mata dan alat bantu pendengaran. Pastikan alat bantu pendengaran
dihidupkan dan bahawa bateri berfungsi.

 Bawa barang dari rumah yang memberi keselesaan, seperti foto, muzik kegemaran atau
bantal.

Khairul Nadiah Ismail
Wad Geriatrik
PPUM



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed