by

Paris didenda kerana lantik ramai wanita

News Sources:

PARIS: Pihak berkuasa bandar Paris dikenakan denda kerana melantik terlalu ramai wanita memegang jawatan kanan di peringkat pengurusannya.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo menyelar dan menyifatkan tindakan itu tidak berasas. 

Kementerian Perkhidmatan Awam mengenakan denda sebanyak AS$110,000 (RM446,221) atas alasan Majlis Perbandaran Paris melanggar peraturan kesaksamaan jantina dalam pengambilan pekerja 2018.

“Saya amat gembira untuk mengumumkan bahawa kita dikenakan denda,” katanya dalam satu mesyuarat majlis perbandaran.

Hidalgo secara sinis berkata, beliau berasa bersalah kerana 11 wanita dan hanya lima lelaki dilantik pada jawatan pengurusan majlis perbandaran pada 2018. 

Ia bermaksud hampir 69 peratus jawatan itu dipegang golongan wanita.

“Pihak pengurusan majlis perbandaran secara tiba-tiba sudah menjadi terlalu feminis,” katanya.

Dalam pada itu, Hidalgo berkata, beliau bersama timbalannya dan semua wanita lain yang bekerja dengannya untuk bertemu dengan kerajaan.

“Denda yang dikenakan ini dilihat tidak munasabah, adil dan bertanggungjawab,” katanya. – AFP

 

 

The post Paris didenda kerana lantik ramai wanita appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed