by

Pasar Awam Banting ditutup 10 hari

News Sources:

KUALA LANGAT: Pasar Awam Banting ditutup selama 10 hari bermula hari ini sehingga 7 Januari tahun hadapan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Rahim berkata, penutupan pasar tersebut bermula pukul 1 petang tadi.

Menurutnya, penutupan pasar itu merujuk kepada Notis Perintah Tutup yang telah dikenakan di bawah Seksyen 18 (1)(d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 oleh Kementerian Kesihatan.

NOTIS penutupan Pasar Awam Banting Selangor.

“Selaras dengan pengumuman tersebut, kerja-kerja semburan sanitasi awam akan dijalankan sepanjang tempoh penutupan premis tersebut.

“Kerja-kerja sanitasi dilaksana di bawah seliaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran, MPKL dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat bagi memastikan sanitasi awam tersebut dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh KKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amirul Azizan berkata, pihaknya menyeru orang awam supaya memberi kerjasama sebaiknya serta patuh kepada SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed