by

Pawi ‘tembusi’ senarai Terbaik Asia

News Sources:

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi negara, Safawi Rasid meraih satu lagi pembakar semangat tahun baharu apabila muncul satu-satunya wakil dari Asia Tenggara tercalon dalam senarai akhir 24 pemain Terbaik Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020.

Safawi, 23, yang baru dikalung sebagai Pemain ­Tengah Terbaik 2020 kelmarin bagaimanapun mendapat tentangan sengit daripada pen­yerang sensasi Tottenham, Son Heung Min.

Pemain kebangsaan Korea Selatan itu menjadi calon pilihan apabila menduduki tangga ketiga senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini menerusi 11 gol.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya berbeza dua jaringan daripada pendahulu carta, Mohamed Salah dari ­Liverpool.

Antara pemain terkemuka lain yang berkelana di Eropah dan turut tersenarai adalah Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig), Matthew Ryan (Brighton), Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal), Takehiro Tomiyasu (Bologna), Wataru Endo (Stuttgart).

Namun, cabaran pemain dari benua Asia juga tidak kurang hebatnya apabila menampilkan pencalonan seperti Andres Iniesta (Vissel Kobe), Won Du Jae serta Yoon Bit Garam (Ulsan Hyundai), termasuk Shoja Khalilzadeh (Persepolis dan Al Rayyan).

Safawi, 23, tersenarai menerusi dua nama kelab iaitu JDT dan Portimonense, biarpun kira-kira dua bulan berkelana bersama pasukan dari Portugal itu, sebelum dipanggil pulang menjelang tahun baharu.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed