by

PDRM sentiasa pantau pengaruh Daesh di Malaysia

News Sources:

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mendiamkan diri malah akan terus memantau perkembangan dan pengaruh Daesh di negara ini, susulan insiden pengeboman di luar gereja dekat Makassar, Indonesia yang dikaitkan dengan anggota kumpulan pelampau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, isu berkaitan agama perlu ditangani dengan serius bagi mengelakkan dieksploitasi pihak tertentu sehingga mencetuskan sentimen kebencian dan menggugat keselamatan negara.

“Kejadian di Makassar itu amat mengejut dan menyedihkan. PDRM memerhati perkembangan ini dengan serius dan sentiasa memantau perkembangan pengaruh militan itu.

“Amat berbahaya kepada keselamatan negara sekiranya isu berkaitan agama ini dieksploitasi sehingga mencetuskan sentimen kebencian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, pengeboman bunuh diri di luar gereja dekat bandar di Indonesia pada Isnin lalu,dilakukan oleh dua anggota kumpulan pelampau Daesh yang dipersalahkan atas letupan gereja lain, termasuk serangan maut di Filipina pada 2019.

Dalam kejadian itu, kira-kira 20 penganut Kristian cedera akibat letupan kuat di luar gereja bandar Makassar di Sulawesi ketika mereka menyambut permulaan Minggu Suci.

Selain itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyifatkan serangan di Makassar sebagai satu keganasan kejam dan pengecut.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Majlis Keselamatan PBB mahu pelaku bertanggungjawab, penaung serta penaja serangan pengganas itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

Badan dunia itu menggesa semua pihak bekerjasama dengan kerajaan Indonesia menangani isu itu. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed