by

Pekerja asing tinggal dalam asrama ‘reban ayam’

News Sources:

MUAR: ‘Umpama reban ayam.’

Begitu keadaan sebuah asrama pekerja asing di Parit Jawa di sini yang tidak ubah seperti bangsal binatang apabila dalam keadaan sesak dan kotor.

Keluasan biliknya pula kecil serta sempit.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM), Zaini Yaacob berkata, dalam operasi yang dijalankan, asrama bagi pekerja kilang perabot itu didapati gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446).

“Hasil pemeriksaan mendapati banyak kesalahan dilakukan majikan iaitu gagal menyediakan tempat penginapan yang sesuai untuk pekerja. Malah ia jelas boleh dilihat apabila dua penghuni dalam sebuah bilik ini terpaksa bersesak dalam ruang yang kecil dan rendah.

“Binaan bertingkat juga tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. Kami dapati lokasi asrama ini merupakan tapak kilang lama dan dihuni sejak 2012,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke asrama pekerja itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post Pekerja asing tinggal dalam asrama ‘reban ayam’ appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed