by

Pekerja maut mesin pengukus meletup

News Sources:

JOHOR BAHRU : Seorang pekerja penyelengaraan maut apabila mesin pengukus meletup dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya di Ulu Tiram di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan, mangsa, Ong Kim Hin, 52, maut serta-merta di lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada puku 11.35 pagi.

“Enam jentera Balai Bomba dan Penyelamat  Johor Jaya, Tebrau dan Larkin dengan kekuatan 25 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Ketika kejadian, hanya mangsa sahaja yang menjalankan kerja penyelenggaraan dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bomba bertindak membuat pemantauan dan memastikan kawasan berkenaan selamat dan tidak merbahaya sebelum operasi di kawasan itu ditamatkan pada pukul 12.24 tengah hari,” katanya. -UTUSAN ONLINE

The post Pekerja maut mesin pengukus meletup appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed