by

Pekerja mesin penyelenggaraan maut digilis kenderaan

News Sources:

KLANG: Seorang lelaki maut digilis selepas motosikal ditunggangnya terlanggar batu di lorong kecemasan sebelum terbabas di lorong kiri dan digilis sebuah kenderaan di Jalan Pintasan Pelabuhan Barat di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Tan Suan Boon, 40, maut di tempat kejadian selepas mengalami digilis di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa merupakan pekerja mesin penyelenggaran dari Pelabuhan Barat menuju ke Pelabuhan Utara.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mangsa di lorong kecemasan telah melanggar seketul batu sebelum terbabas dan jatuh di lorong kiri jalan.

“Akibat kejadian, mangsa telah digilis sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambah Shamsul Amar, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan mendapati motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian kanan dan hadapan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed