by

Pelajar dibedah kerana telan magnet

News Sources:

LONDON: Seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya selepas menelan 54 bola magnet mainan dengan sengaja.

Lapor Daily Mail, Rhiley Morrison dari Prestwich, Greater Manchester melakukan perbuatan itu sebagai sebahagian daripada eksperimen sendiri.   

Morrison menelan bola magnet dalam dua kejadian berbeza kerana ingin tahu sama ada objek logam itu akan melekat di perutnya serta mahu melihat hasil rupanya selepas dikeluarkan daripada badan menerusi cara membuang air besar.

Pelajar itu bagaimanapun hanya memaklumkan mengenai tindakan menelan bola magnet tersebut kepada ibunya, Paige Ward, 30, empat hari kemudian setelah mendapati objek logam itu masih tidak keluar.

Morrison dikejarkan ke sebuah hospital pada 5 Januari lalu dan doktor terkejut menemui 54 mainan magnet berada di dalam perut dan ususnya menerusi pemeriksaan x-ray.

Doktor bimbang magnet ditelan pelajar itu mungkin terbakar melalui tisu atau organ penting sekali gus boleh menyebabkan kecederaan teruk terhadap organ dalaman yang berpotensi membawa maut. 

Justeru, Morrison terpaksa menjalani pembedahan dengan segera yang mengambil masa kira-kira enam jam untuk mengeluarkan objek logam itu.

Dalam pada itu, Ward berkata, anaknya telah dibenarkan keluar daripada hospital dan kini dalam proses pemulihan di rumahnya.

Ward berharap dapat berkongsi pengalaman pahit dilalui bersama anaknya selama 16 hari di hospital bagi memberi kesedaran kepada para ibu bapa mengenai risiko permainan bola magnet.

“Saya terkejut dan terdiam apabila mendapat tahu bilangan bola magnet yang ditelan.

“Morrison gemar sains dan suka melakukan eksperimen. Dia mengakui melakukan demikian kerana ingin tahu sama ada tembaga akan melekat di luar perutnya ketika bola magnet itu berada di dalam.

“Saya tahu ia tidak masuk akal tetapi dia masih kecil dan perkara seperti itu biasanya dilakukan oleh kanak-kanak,” katanya.      

Ward turut menggesa ibu bapa untuk terus memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku.

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed