by

Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 diperhalusi

News Sources:

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 (JKJAV)  memperhalusi Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu pelan pemberian vaksin yang akan diperoleh kepada penduduk negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, petang semalam.

Menurut beliau, dalam catatan Facebooknya, mesyuarat turut membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan dalam memperoleh vaksin Pfizer-BionTech, AstraZeneca dan bekalan vaksin daripada COVAX.

Khairy sebelum ini melaporkan Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dijadual bermula Februari, akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin ini, sebelum dibentangkan kepada Kabinet pada hari Rabu. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed