by

Pelan Transformasi Koperasi Malaysia bakal dilancarkan

News Sources:

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melancarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) bagi perkasakan gerakan koperasi tempatan. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelan itu sepatutnya dilancarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bulan lalu.

“Bagaimanapun susulan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara, kita mungkin melancarkan TrasnKoM dalam masa terdekat dan paling awal bulan ini, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu dan Hala Tuju 2021 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Suriani Ahmad serta semua pemimpin jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, TransKoM merupakan perancangan lima tahun mulai tahun ini dan memanfaatkan sektor koperasi domestik yang kini disertai lebih enam juta ahli.

“Proses transformasi baharu ini diharap dapat memacu gerakan koperasi sebagai platform terbaik untuk tingkat tahap pendapatan rakyat dan sosio-ekonomi masyarakat,” jelas beliau.

Pelan itu katanya, termasuk transformasi Institut Koperasi Malaysia untuk dijadikan sebagai institusi pendidikan tinggi khusus dalam bidang pendidikan koperasi dan keusahawanan.

Ia ujarnya, antara 5E iaitu hala tuju pihak kementerian dirancang sepanjang tahun ini di bawah pendekatan utama Energise selain daripada Enculture, Enable, Empower dan Engage.

Wan Junaidi pada masa sama menambah, beberapa program khas bakal dilaksanakan seperti Technopreneurship for Young Graduates untuk melahirkan usahawan teknologi belia.

Tidak ketinggalan Program Tunas Usahawan Bumiputera anjuran SME Corp yang bermula 2014, akan ditingkatkan penyertaan untuk tarik ramai anak muda menceburi keusahawanan.

Menyentuh kejayaan kementerian itu sepanjang tahun lepas, beliau berkata 20 program telah berjaya dilaksanakan fasa pertama Pelan Pemulihan Usahawan dari Mei hingga bulan lepas.

“Ini melibatkan peruntukan RM171 juta dan memanfaatkan seramai 12,138 penerima. Justeru, kita akan meneruskan fasa kedua pula yang bermula bulan ini sehingga Mei depan.

“Ia dijangka membabitkan sembilan program dengan peruntukan RM17.1 juta dalam usaha kementerian membantu peniaga kecil yang masih terjejas akibat impak penularan Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Junaidi berharap, hasil perancangan hala tuju baharu itu sejajar dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Usahawan Unggul. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed