by

Pemain Sabah boikot tak dapat gaji?

News Sources:

PETALING JAYA: Belum reda isu pemain Perak FC berdepan tunggakan gaji, peminat bola sepak Liga Malaysia (Liga M) dikejutkan pula dengan dakwaan pemain Sabah sudah dua bulan tidak menerima gaji.

Hari ini, kecoh di media sosial pemain-pemain skuad Sang Badak memulaukan sesi latihan pukul 4 petang tadi sebagai tanda protes.

Pengguna akaun Twitter Azharruhaizad memuat naik gambar pemain meninggalkan padang selepas rundingan bersama pihak pengurusan mengenai isu tunggakan gaji gagal mencapai penyelesaian.

“Ada cakap bukan 3 bulan gaji, hanya 2 bulan. Coach (jurulatih) bukan 4 bulan. Tak tahu lemas, lemas,” tulisnya.

Sementara itu pengurus Sabah, Ahmad Marzuki Nasir dalam Facebook berkata, pihak Sabah FC akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu esok.

”Bertenang saja, tiada individu yang lebih besar dari Sabah FC, esok baru kita akan buat kenyataan,” katanya.

Sesi latihan hari ini adalah yang terakhir di Kota Kinabalu sebelum Sabah dijadual berlepas ke Pulau Pinang esok untuk aksi Liga Super, Ahad ini.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed