by

Pemandu kereta maut rempuh pokok

News Sources:

KULAI: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Iswara dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar di sini semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Razali Kassmen berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 10.55 malam.

Katanya, seramai enam anggota beserta sebuah jentera kemudian dikejar ke lokasi kejadian.

“Ketika di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 41 tahun berada dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu setelah kenderaan itu merempuh sebatang pokok di bahu jalan.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang dikenali sebagai A. Ganesan bagaimanapun telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 11.40 malam. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed