by

Pemandu lori aplikasi beli-belah parah tercampak bawah jejambat

News Sources:

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori yang sedang menghantar barangan tempahan aplikasi beli-belah cedera parah selepas tercampak keluar dari kenderaannya dalam kemalangan di Kilometer 137 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Perai, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun yang tercampak keluar dari kenderaan itu turut dilaporkan terjatuh ke bawah jejambat di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua kenderaan iaitu lori dan motosikal jenis Yamaha R2.

“Ketika polis sampai, penunggang berusia 20 tahun telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Pemandu itu pula didapati tercampak keluar sebelum jatuh ke bawah jejambat selepas lori terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi di hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu lori itu dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Mertajam menuju ke stor syarikat aplikasi beli-belah bagi memuat barangan pelanggan sebelum menghantar ke hab syarikat itu di Pokok Sena, Kepala Batas.

Tambahnya, kejadian dipercayai berlaku selepas lori melanggar motosikal hingga menyebabkan tayar sebelah kiri lori pecah dan hilang kawalan sebelum terbabas ke penghadang jalan sebelah kiri.

“Akibat kejadian itu, pemandu lori dilaporkan kritikal manakala penunggang motosikal parah dan kedua-dua mangsa sedang menerima rawatan di zon merah HSJ,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed