by

Pemandu lori mengaku salah cuba rasuah polis

News Sources:

SEREMBAN: Pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menawarkan wang tunai RM240 kepada anggota polis supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang memiliki beberapa kotak mercun, November tahun lalu.

Tertuduh, R. Kesavan, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mardihah Hairullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menawarkan dan menyerahkan wang tunai sebanyak RM240 kepada pengadu iaitu seorang anggota polis berpangkat lans koperal dari unit kereta peronda (MPV) yang menjalankan tugasan pematuhan Covid-19 bersama seorang lagi polis berpangkat konstabel di sekitar Gemas, Negeri Sembilan pada pukul 11.30 pagi, 3 November 2020.

Wang tunai tersebut diserahkan supaya pengadu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana memiliki beberapa kotak mercun dan barang letupan terlarang di dalam bonet kenderaan jenis Proton Persona milik tertuduh.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Dalam prosiding kes di mahkamah, tertuduh mengaku bersalah dan dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan iaitu denda sebanyak RM3,000 dan jika gagal membayar denda hukuman penjara dua bulan dikenakan.

Manakala wang tunai RM240 itu dilucutkan hak kepada hasil kerajaan Malaysia. 

Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Aziff Firdaus Mohamad Ali. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed