by

Pemandu sektor awam terima RM500 bantuan PERMAI 2021

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pemandu pemandu ehailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran yang telah menerima bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bagi menerima bantuan PERMAI 2021.

Hanya saringan lesen sahaja yang perlu dibuat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, bantuan tunai PERMAI sebanyak RM500 diberikan secara one off kepada pemandu ehailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran akan memanfaatkan kepada 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.

Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI, katanya.

Manakala semua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman Perkeso sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.

Semua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masingmasing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.

Sementara, syarat pendapatan minimum sebanyak RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan Prihatin sebelum ini dikurangkan kepada RM700 di bawah Permai untuk bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020.

Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed