by

Pemantauan harga barangan di luar bandar ditingkatkan

News Sources:

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah akan meningkatkan pemantauan harga barangan keperluan di pekan-pekan kecil di luar bandar menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Pengarahnya, Rae Morn Verak berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan pada musim perayaan ini sehingga membebankan penduduk di kawasan luar bandar.

Menurutnya, pemantauan itu juga untuk mengesan peniaga yang tidak melaksanakan skim harga maksimum musim perayaan Tahun Baharu Cina 2021 bermula hari ini hingga 16 Februari ini.

“Peniaga-peniaga yang tidak melaksanakan skim tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya selepas melawat kilang memproses dan menjual ayam, Ayam Bismi Sdn. Bhd. di Simpang Empat, di sini hari ini.

Tambahnya, KPDNHEP menetapkan sebanyak 16 jenis barangan yang dikawal harganya bagi pelaksanaan skim tersebut yang membabitkan kategori barangan terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, hasil laut dan daging babi.

Selain itu, beliau berkata, pemantauan dan pemeriksaan harga barangan tersebut juga melibatkan lokasi-lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar tani serta pasar raya.

“Peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan dan pengguna pula mesti mengetahui tanggungjawab serta menggunakan hak mereka sewajarnya,” katanya.

Menurut beliau, KPDNHEP Kedah memeriksa sebanyak 55,222 premis di seluruh negeri ini yang membabitkan nilai kompaun kira-kira RM265,300 pada sepanjang tahun lalu.

“Nilai rampasan dalam tempoh yang sama pula ialah sebanyak RM791,892,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed