by

Pemberian one-off RM500 untuk barisan hadapan indah khabar dari rupa

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pemberian one-off RM500 kepada semua petugas barisan hadapan hanya indah khabar dari rupa apabila pelaksanaan bantuan itu mempunyai kadar dan kelayakan yang sangat berbeza berbanding dengan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, surat edaran yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 11 Februari lalu menunjukkan kadar dan kelayakan bagi pemberian one-off telah ditetapkan kepada kadar penuh RM500 dan kadar separuh RM250.

Katanya, petugas KKM hanya layak mendapat kadar penuh RM500 jika telah dibayar Elaun Khas Covid-19 tahun lalu pada kadar penuh selama tiga bulan atau lebih.

Manakala mereka yang menerima elaun kurang daripada tiga bulan atau kadar separuh hanya layak menerima kadar separuh RM250.

Lebih mengecewakan petugas barisan hadapan, menurut Adnan, apabila mereka perlu membuat tuntutan one-off ini secara manual dengan mengisi borang tuntutan.

“Tindakan KKM ini bukan sahaja boleh menyebabkan semangat perjuangan barisan hadapan luntur malah memberi tanggapan negatif kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adnan lagi, tindakan membezakan pemberian one-off ini kepada dua kadar yang berbeza hanya bersandarkan kepada status penerima Elaun Khas Covid-19 ini adalah tidak adil.

Adnan Mat

Kataya, walaupun petugas itu tidak mendapat tuntutan penuh Elaun Khas Covid-19, ia tidak bermaksud sumbangan petugass tersebut kurang.

“Perlu diingat apabila pandemik melanda telah menyebab penambahan beban tugas kerana tugas hakiki perlu juga diutamakan selain tugas berkaitan Covid-19.

“Sebagai contoh petugas barisan hadapan perlu digilirkan untuk memastikan mereka mempunyai masa utk merawat kes yang lain serta mengelakkan keletihan melampau.

“Sudah tentu dengan pengiliran tugas ini menyebabkan jumlah hari mereka bertugas utk melawan Covid-19 mungkin tidak sampai 15 hari untuk melayakkan mendapat tuntutan penuh Elaun Khas Covid-19,” katanya.

Sehubungan dengan itu, CUEPACS menggesa KKM membuang semua syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan dalam pemberian one-off kepada petugas barisan hadapan.

Katanya, CUEPACS berpendapat semua petugas KKM yang dikategorikan sebagai barisan hadapan dan telah bertungkus lumus dalam menangani pandemik Covid-19 layak diberi RM500 tanpa mengambil kira syarat tambahan.

KKM, menurut beliau, perlu menyerahkan kuasa kepada ketua jabatan untuk menentukan siapakah barisan hadapan yang layak untuk menerima one-off RM500 terutama pasukan barisan hadapan yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing untuk bertugas sebagai frontliner.

“Sudahlah pemberian Elaun Khas Covid-19 penuh dengan dokumentasi dan pelbagai syarat sehingga petugas barisan hadapan merasa malas untuk menuntut elaun berkenaan.

“Kini pemberian one-off yang telah diumumkan untuk diberikan kepada semua petugas barisan hadapan KKM juga mahu diremehkan dengan pelbagai syarat dan kerenah birokrasi.

“CUEPACS berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar petugas barisan hadapan ini dapat fokus kepada khidmatnya kepada rakyat dan negara,” katanya.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed