by

Pencuri pokok bonsai diburu

News Sources:

YAN:  Polis memburu dua lelaki disyaki mencuri enam pokok bonsai bogak di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Belida di Guar Chempedak di sini.

Kegiatan dua suspek yang memakai topi keledar dan pelitup muka itu dirakamkan televisyen litar tertutup (CCTV) masjid tersebut.

Rakaman berdurasi 1 minit 32 saat yang tular dalam media sosial sejak kelmarin memaparkan suspek mencabut sebatang pokok bonsai di pekarangan masjid berkenaan sebelum melarikannya.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kehilangan pokok hiasan itu disedari tukang kebun masjid semasa tiba untuk membuat persediaan solat Subuh pada pukul 5.40 pagi, Isnin lalu.

“Sebaik membuka pintu pagar masjid, tukang kebun itu terkejut mendapati tanah berselerak manakala sebatang pokok bonsai dalam pasu di tepi pintu pagar utama hilang.

“Tukang kebun itu kemudiannya membuat pemeriksaan di tepi tandas bahagian belakang masjid dan mendapati lima lagi bonsai yang ditanam dalam pasu di situ juga tiada,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shahnaz Akhtar, selepas meneliti rakaman CCTV, tukang kebun terbabit kemudiannya membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati semua bonsai itu dicabut dari dalam pasu besar oleh suspek yang dikesan masuk melalui pintu kecil di tepi masjid itu kira-kira pukul 4 pagi.

“Jumlah kerugian enam bonsai itu dianggarkan RM600 dan kita sedang mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV,” ujarnya.

Menurutnya, semakan rakaman CCTV tidak merakamkan imej kenderaan yang digunakan suspek.

Beliau meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar melaporkannya kepada Ibu pejabat Polis Daerah Yan atau di Balai Polis Guar Chempedak untuk membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

The post Pencuri pokok bonsai diburu appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed