by

Pendaki cedera tergelincir di Air Terjun Seri Perigi

News Sources:

YAN: Seorang pendaki cedera selepas tergelincir dan terjatuh di kawasan Air Terjun Seri Perigi di sini.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Aidil Wafi Razali, 24, sedang menghampiri puncak air terjun kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Lokasi kejadian terletak pada ketinggian kira-kira 100 meter dari aras laut.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Pegawai Bomba Rohazrie Abd. Halim berkata, mangsa dikatakan mendaki ke kawasan air terjun itu bersama 29 rakannya dari Sungai Petani.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan sejurus selepas kejadian itu dan tiba di lokasi pada pukul 10.38 pagi.

“Rawatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa cedera di bahagian pinggang, kaki dan tangan akibat tergelincir sebelum terjatuh dan terhantuk pada batu yang berlumut dan licin semasa menghampiri puncak air terjun itu.

“Memandangkan keadaan laluan licin, sempit dan berbahaya, proses menurunkan mangsa ke kaki gunung mengambil masa selama sejam sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya di sini.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa melakukan aktiviti di kawasan berkenaan terutamanya ketika musim hujan kerana licin dan berbahaya.

Tambahnya, pendaki juga dikehendaki mendapatkan maklumat berkaitan keadaan semasa kawasan itu daripada Majlis Daerah Yan sebelum meneruskan aktiviti mendaki untuk mengelak kejadian tidak diingini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed