by

Penduduk rayu baiki segera paip pecah di Kampung Sri Lukut

News Sources:

KLUANG: Penduduk Kampung Sri Lukut di Kahang di sini berharap pihak berkaitan menyegerakan peruntukan untuk membaiki semula pembetung air yang pecah di kampung itu akibat kejadian banjir, baru-baru ini.

Salah seorang penduduk, Mohd. Azhar Mashodi, 42, berkata, mereka bimbang kerana jika dibiarkan lebih lama, kawasan itu berisiko menyebabkan kejadian tidak diingini termasuk meragut nyawa kepada orang luar yang tidak menyedari kewujudan lubang besar di kawasan itu.

“Berlaku sedikit gelongsoran tanah di situ dan apabila banjir baru-baru ini menyebabkannya paip dan pembetung air pecah.

“Kejadian banjir itu turut menyebabkan salah satu jalan di kampung kami terputus,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, penduduk difahamkan tender untuk membaiki jalan berkenaan sudah dikeluarkan pihak berkuasa dan berharap kerja-kerja membaiki  dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Ada seorang penduduk luar yang berkahwin dengan orang kampung ini cedera selepas motosikal dinaikinya terjatuh ke dalam lubang berkenaan sebelum ini.

“Jangan sampai ada kejadian tidak diingini berlaku lagi jika pembaikan jalan berkenaan tidak dilakukan dengan segera,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed