by

Penerjun base jump maut ketika latihan

News Sources:

PUTRAJAYA: Seorang peserta terjun tapak (base jump) yang melakukan latihan penerjun Base Jump 2021 maut dalam kejadian di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 5.35 petang dan mangsa, Azuan Taharuddin, 49, dari Kajang, Selangor cedera parah serta disahkan meninggal dunia pada pukul 6.10 petang.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, siasatan awal mendapati latihan penerjun tersebut oleh pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sempena Hari Wilayah 2021 yang melibatkan lapan penerjun di menara bangunan KPWKM.

  “Difahamkan mangsa hilang kawalan payung ketika membuat terjunan dan jatuh di sisi bangunan.

  “Mangsa telah mendapat rawatan Hospital Putrajaya dan difahamkan oleh petugas perubatan yang berada di KPWKM, keadaan mangsa parah serta disahkan meninggal dunia pukul 6.10 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, difahamkan latihan tersebut dikelolakan  Seksyen Sukan dan Rekreasi PPj dan ia melibatkan pasukan penerjun dari pelbagai agensi termasuk PPj.

Menurutnya, ia bermula seawal pukul 3 petang semalam dan latihan itu diadakan khusus bagi persediaan Sambutan Hari Wilayah 2021 nanti.

Jelasnya, pihak penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkaitan terutama polis ketika latihan diadakan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed