by

Pengeluaran getah asli naik 17.1 peratus

News Sources:

PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli negara mencatatkan peningkatan sebanyak 17.1 peratus kepada 49,825 tan metrik pada Disember 2020 berbanding 42,554 tan metrik bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah tersebut susut 14.7 peratus berdasarkan perbandingan tahun ke tahun.

Menurut Mohd. Uzir, eksport getah asli Malaysia pula merekodkan 61,547 tan metrik pada bulan sama iaitu lonjakan 8.9 peratus berbanding 56,522 tan metrik pada November 2020.

Katanya, China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli iaitu 53.8 peratus daripada jumlah eksport pada Disember 2020.

“Ia diikuti Jerman sebanyak 10.2 peratus, Amerika Syarikat (5.4 peratus), Taiwan (2.7 peratus) dan Iran (2.5 peratus).

“Sarung tangan getah merupakan item eksport utama dengan nilai eksport RM4.5 bilion pada November 2020, naik sebanyak 3.6 peratus kepada RM4.6 bilion pada Disember.

“Amerika Syarikat, China dan Jerman merupakan antara negara pengimport tertinggi sarung tangan getah,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, stok getah asli pula turun kepada 249,555 tan metrik pada Disember berbanding 259,443 tan metrik bulan sebelumnya sekali gus mencatatkan penurunan 3.8 peratus.

Beliau memberitahu, harga purata bagi lateks pekat turut turun kepada 582.79 sen sekilogram berbanding November 2020 pada kadar 620.76 sen sekilogram.

“Getah Mutu Malaysia 20 (GMM20) turun menunjukkan penurunan kepada 628.74 sen sekilogram berbanding 632.74 sen sekilogram bagi tempoh sama.

“Jumlah penggunaan getah asli di peringkat domestik ialah 42,356 tan metrik, menurun 4.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Pembuatan sarung tangan getah juga terus mendominasi industri pembuatan getah asli iaitu sebanyak 31,498 tan metrik atau 74.4 peratus daripada jumlah penggunaan domestik,” jelas beliau. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed