by

Penggambaran boleh antara 8 pagi hingga 10 malam

News Sources:

PUTRAJAYA: Tiada lagi proses penggambaran lewat tengah malam hingga ke subuh dan semua petugas perlu menjalani ujian saringan wabak Covid-19 sebelum diberi kebenaran.

Begitulah antara prosedur operasi standard (SOP) terbaharu untuk para penggiat industri kreatif tempatan yang kembali diberikan kebenaran untuk beroperasi semula bermula esok.

Langkah ketat itu menyaksikan pemain sektor tersebut hanya diberikan tempoh masa selama 14 jam sehari dari 8 pagi hingga 10 malam berbanding sebelum ini bebas tiada had waktu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah berkata, mereka perlu dapat kebenaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terlebih dahulu.

Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu ujarnya, akan mengeluarkan Sijil Perakuan Penggambaran Khas (SPPK) sebelum mereka boleh melakukan produksi.

“Kena serah senarai nama pekerja, lokasi, tempoh dan salinan ujian saringan Covid-19 setiap kru paling lewat tiga hari sebelum mula produksi,” katanya pada sidang akhbarnya hari ini.

SPPK katanya, hanya diberikan selepas semua tenaga kerja selesai menjalani saringan dan Finas juga secara berkala akan datang memantau proses produksi untuk pematuhan SOP.

Antaranya jumlah petugas terlibat tidak boleh lebih 20 orang dengan tiada lagi hidangan makanan secara bufet tetapi semuanya perlu berbungkus selain amalan penjarakkan fizikal.

Ia turut meliputi produksi animasi atau muzik, pascaproduksi di studio, rakaman lagu di studio, praproduksi penggambaran, penggambaran di studio dengan tanpa kehadiran penonton.

“Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor industri kreatif beroperasi dengan pematuhan SOP ketat setelah buat penilaian risiko bersama pelbagai agensi berkaitan,” tegasnya.

Selain itu katanya, kerajaan juga mengambil maklum rayuan daripada pihak industri yang terjejas teruk apabila dilarang beroperasi khususnya petugas tidak tetap dan bergaji harian.

Ini termasuk ramai pelakon dan pemuzik yang hanya bergantung kepada tawaran produksi tempatan untuk mereka meneruskan kelangsungan dan menyara beban kos sara hidup.

Menyentuh aplikasi MySejahtera, kerajaan juga bersetuju mewajibkan penggunaannya di kawasan capaian internet yang luas dengan arahan berkuat kuasa secara serta-merta.

Ia ekoran ramai pelanggan didapati tidak mencatatkan nama dan nombor telefon yang betul sehingga menyukarkan pengesanan kontak jika berlaku kes positif di premis berkenaan.

Bagaimanapun ujar Ismail Sabri, pengecualian aplikasi tersebut hanya diberikan bagi kawasan yang tiada capaian liputan internet khususnya di kampung dan pedalaman- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed