by

Penghantar makanan maut bertembung kereta di Cyberjaya

News Sources:

CYBERJAYA: Seorang penghantar makanan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Persiaran Semarak Api, Cyberjaya di sini semalam. 

Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, mangsa yang berusia 21 tahun, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha sedang dalam perjalanan dari arah Persiaran Apec menghala ke Persiaran Bestari. 

Katanya, mangsa yang berada di lorong kiri jalan kemudian berlanggar dengan sebuah kereta jenis Wolkswagen Tiguan. 

“Kereta yang dipandu seorang lelaki Cina berusia 25 tahun ketika itu, sedang keluar simpang dari arah Lingkaran Cyber Point Barat. 

“Akibat dari pelanggaran itu, mangsa tercampak sebelum maut di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini. 

Wan Kamarul berkata, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan. 

“Polis telah mengesan waris mangsa dan mayat telah dihantar ke hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed