by

Pengurus restoran maut motosikal rempuh bas rosak

News Sources:

ALOR GAJAH: Pengurus restoran makanan segera maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah bas persiaran yang rosak di Kilometer 201.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Nur Anis Rosme Sameon, 23, yang beralamat di Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil soal siasat dengan pemandu bas berusia 49 tahun terbabit, kenderaan berat itu diletakkan di lorong kecemasan pada pukul 3 pagi selepas mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun ketika pemandu bas berkenaan sedang membaiki bas tersebut, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM tiba-tiba merempuh bahagian belakang bas berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” kata ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya meminta saksi awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Siasatan di tempat kejadia tidak menemui sebarang kesan geseran dan tayar, jadi kita percaya kemalangan berlaku selepas mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangi.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed