by

Pengurusan gereja juga ikut SOP perayaan Hari Natal

News Sources:

SEREMBAN: Ekoran penularan pandemik Covid-19 ketika ini, upacara sembahyang penganut agama Kristian di gereja sempena sambutan Hari Krismas hari ini juga perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut paderi gereja Church Of The Visitation dekat sini, Xavier Andrew, upacara sembahyang dan karol iaitu nyanyian puji-pujian sempena Hari Natal di gereja berkenaan hanya dihadkan dengan kehadiran 30 orang pada setiap sesi.

Jelasnya, upacara membaca mass juga bermula sejak semalam sehingga hari ini dengan setiap sesi ditetapkan mengikut bahasa iaitu seperti dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin seperti kebiasaan.

“Tahun ini memang berbeza, selalu gereja penuh namun kali ini kami terpaksa mengehadkan kehadiran penganut agama Kristian yang hadir kepada hanya 30 orang pada setiap sesi dengan kebanyakan daripada mereka merupakan petugas-petugas gereja sendiri.

“Selalunya saban tahun gereja ini pasti penuh namun kali ini berbeza nampak lengang, walaupun nampak tidak meriah, SOP perlu diikuti dan semua pun memahami apa yang sedang kita hadapi ketika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

PETUGAS juruvideo gereja Church Of The Visitation, Seremban, Julian Yong Hao melakukan persiapan akhir sebelum bermula video secara langsung upacara keagamaan sempena sambutan Hari Natal hari ini yang disiarkan di Youtube.

Tambah Xavier, bagaimanapun, pengurusan gereja mengambil inisiatif untuk menjalankan upacara keagamaan menerusi siaran langsung di Youtube.

“Ia bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir terutama penganut Kristian di negeri ini untuk turut sama mengikuti upacara walaupun hanya menerusi siaran langsung video di Youtube.

“Kami di pihak gereja telah memaklumkan lebih awal dan penganut-penganut Kristian di sini menyambut baik dan mereka juga memahami. Ini pengalaman pertama kita melalui sambutan Krismas dengan SOP begini dan saya berterima kasih kepada semua yang beri kerjasama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, masih ada sebilangan kecil penganut Kristian yang hadir ke gereja pada hari ini kerana maklumat berkenaan SOP berkenaan tidak sampai kepada mereka.

“Selepas penerangan diberikan, mereka memahaminya dan sambutan kali ini walaupun perlu mengikut SOP ia tetap berjalan lancar,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed