by

Peniaga gembira dibenar berniaga – Utusan Digital

News Sources:

IPOH: Bagi golongan peniaga, kebenaran berniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini umpama rahmat buat mereka selepas terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19, tahun lalu.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Negeri Perak, Asmadi Teh berkata, keputusan itu sangat ditunggu-tunggu peniaga dan memberi kelegaan kepada mereka.

Katanya, meskipun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ketat, ia sama sekali tidak menjadi masalah sebaliknya sedia dipatuhi golongan tersebut.

“Kebenaran berniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini benar-benar memberi kelegaan kepada peniaga kecil dan diterima dengan baik.

“Tahun lalu pendapatan mereka sangat terjejas, memang banyak rungutan kita terima tetapi tiada apa yang boleh dilakukan selain patuh kepada arahan,’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut beliau, pengalaman tidak dibenarkan berniaga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April tahun lalu membuatkan peniaga tersepit hingga terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi.

Oleh itu katanya, SOP yang ditetapkan kerajaan pasti akan dipatuhi kerana mereka mahu mencari rezeki.

“Kita akan pastikan SOP dari segi penjarakan fizikal satu meter oleh pengunjung gerai dipatuhi dengan baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed