by

Penjawat awam Kelantan dapat bantuan tambahan RM400

News Sources:

KOTA BHARU: Seramai 6,854 penjawat awam di negeri ini bakal menerima bantuan khas tambahan sebanyak RM400 lagi sumbangan kerajaan negeri yang akan dibayar pada 21 Januari depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, sebelum ini kerajaan negeri sudah mengumumkan pemberian sebanyak RM600.

“Dengan penambahan RM400 ini, setiap penjawat awam kini menerima bantuan berjumlah RM1,000,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Khas 2021 di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pemberian tambahan berkenaan adalah disebabkan prestasi kewangan tahun lalu menunjukkan akaun semasa kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM45.44 juta.

Menurutnya, dengan pencapaian surplus sebanyak empat tahun berturut-turut, bantuan khas ditambah RM400 lagi  sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang bekerja keras membantu melancarkan pentadbiran negeri.

“Tidak terkecuali, lantikan politik yang sebelum ini menerima RM300, akan menerima tambahan RM200 lagi setiap seorang.

“Semoga pemberian ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang cemerlang bagi tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pada November lalu, kerajaan negeri semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM600 kepada kakitangan awam, selain RM300 untuk lantikan politik.

Lantikan politik dimaksudkan itu membabitkan penghulu, kakitangan pegawai halaqah, guru al-Quran dan fardu ain, guru sekolah pondok dan sebagainya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed