by

Penolong Pegawai Seni Bina MBPJ didakwa terima rasuah

News Sources:

SHAH ALAM: Seorang Penolong Pegawai Seni Bina Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah RM377,696 untuk penyediaan dan menandatangani borang arahan kerja penyelenggaran kuarters, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Hasrul Ahmad Nordin, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Ahmad Hasrul yang bekerja di Jabatan Kejuruteraan menggunakan kedudukannya menerima suapan keseluruhan berjumlah RM377,696 dengan menyediakan dan menandatangani dua borang arahan kerja bagi dua fasa kerja-kerja penyelenggaraan tahunan untuk kuarters MBPJ.

Tuntutan bayaran itu adalah berjumlah RM397,576 kepada Foller Trading dalam melaksanakan kerja tersebut. Demua suapan itu didakwa diterima tertuduh menerusi syarikat miliknya, Hasraf Design Construction dan adiknya iaitu Zie Maju Construction setelah menolak lima peratus bayaran wang sewaan lesen syarikat.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dilakukan MBPJ pada 4 Jun dan 28 Disember 2018.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap awal bulan di pejabat SPRM.

Peguam Ariff Azami Hussein mewakili tertuduh memohon ikat jamin dikurangkan kepada RM20,000 berikutan anak guamnya menanggung tiga orang anaknya termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dengan sekarang ini tertuduh telah ditugaskan di bahagian pentadbiran di jabatan sama.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 bersama penjamin dan membenarkan syarat tambahan lain serta menetapkan tarikh sebutan semula pada 9 Mac ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed