by

Penunggang motosikal putus dua jari dalam kemalangan

News Sources:

DUNGUN: Seorang pemuda putus dua jari tangannya selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 5 Jalan Paka-Al Mukhtafi Bilah Shah (AMBS) di Kampung Bukit Merah, Paka di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, Muhammad Amirul Aizat Abdullah, 20, putus jari manis dan kelengkeng kiri manakala rakannya, Ahmad Iadil Najimi E’zani, 16, pula patah paha kiri. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dari arah Paka ke AMBS itu cuba mengelak sebuah motosikal lain yang keluar simpang.

“Keadaan itu menyebabkan Perodua Alza hilang kawalan dan terbabas melanggar motosikal Yamaha 135LC mangsa yang ditunggang secara melawan arus di sebelah kiri jalan,” katanya kepada pemberita. 

Baharudin berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk menerima rawatan. 

Katanya, pemandu Perodua Alza yang merupakan seorang juruteknik  bagaimanapun tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Rule 10LN 166/59,” katanya. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed