by

Penyelengaraan, pembinaan bangunan baharu sekolah ikut keutamaan

News Sources:

KUBANG PASU: Kementerian Pendidikan mengklasifikasikan sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan yang daif untuk penyelenggaraan dan pembinaan baharu di seluruh negara.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, pemilihan untuk penyelenggaraan dan pembinaan bangunan baharu di sekolah terlibat mengikut keutamaan.

“Dalam soal penyenggaraan dan pembinaan kemudahan baharu, kita akan lihat perkara mana yang lebih mendesak dan perlu didahulukan. Saya sendiri telah memberi arahan kepada warga kementerian supaya pastikan penyenggaraan dibuat secepat mungkin.

“Masuk saja 2021, kita akan lakukan penyenggaraan secepat mungkin bersandarkan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat Parlimen Kubang Pasu di Napoh dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad.

Mohd. Radzi berkata, susulan itu, pihaknya sering turun padang dan melihat sendiri apakah keperluan segera yang perlu disediakan di sekolah-sekolah berkenaan demi keselesaan warga sekolah, khususnya pelajar.

“Walaupun ada dalam senarai (bangunan sekolah daif), kadang-kadang ada keperluan mendesak yang perlu didahulukan dan perkara inilah yang perlu sentiasa diteliti dari semasa ke semasa.

“Bangunan sekolah ini tidak statik, kadang-kadang bila terkena banjir misalnya, bangunan akan menjadi daif,” katanya.

Menurut beliau, antara negeri yang paling banyak mempunyai bangunan sekolah yang daif ialah di Sabah dan Sarawak. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed