by

Penyertaan Afdlin dan Altimet bermakna- Anwar

News Sources:

AMPANG: Penyertaan penghibur serba boleh, Datuk Afdlin Shauki dan komposer serta penyanyi lagu hip hop, Altimet, atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bermakna.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, politik negara amat memerlukan suntikan dan dorongan semua pihak termasuk golongan seniman.

“PKR bukan parti politik biasa untuk merebut jawatan atau kawasan. Ia memerlukan pemerkasan budaya, negara, ekonomi dan juga pemerkasan muzik serta perfileman.

“Muzik ini berakar pada budaya, dan bukan plagiat budaya asing semata-mata. Ia ada keperluan tersendiri dalam mendidik masyarakat,” katanya dalam majlis Temu Anwar di sini semalam.

Anwar menegaskan PKR bukan parti politik biasa untuk merebut jawatan atau kawasan.

“Parti ini adalah parti yang mahu menggabungkan pemerkasaan budaya, negara, ekonomi, muzik dan perfileman,” katanya.

Malam tadi, hampir 2,000 anggota Angkatan Muda Keadilan membanjiri pekarangan sebuah hotel di sini, untuk namun bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), hanya 700 dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Dalam ucapan pengenalan, Afdlin berkata beliau memilih untuk menyertai politik kerana mahu membawa perubahan kepada industri media dan hiburan tanah air.

“Saya dah putus asa dengan industri hiburan sebenarnya kerana seperti tidak mengendahkan kebolehan dan bakat. Sebagus mana pun, kita tidak dapat capai apa pun.

“Kita tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso). Kami hanyalah buruh yang keluar muka di majalah. Oleh kerana itu, saya pilih menyertai PKR kerana saya lihat tiada orang menghormati orang seni seperti Anwar Ibrahim,” katanya.

Bagi Altimet pula, beliau menyatakan keputusan untuk menyertai PKR sebagai platform politiknya adalah demi masa depan anak dan keluarganya.

“Saya dah tak fikir untuk diri saya, saya fikir pasal anak saya, saya fikir tentang dalam keadaan Malaysia yang bagaimana saya mahukan kehidupan untuk anak saya sebab ayah saya tinggalkan saya satu Malaysia yang aman Makmur. Jadi, apa yang saya akan berikan kepada anak-anak saya? Itulah sebabnya saya di sini.

“Dah 20 tahun saya pentingkan diri sendiri. Ya betul, lagu saya dapat sambutan, saya hanya nak puaskan diri saya sahaja, orang suka okay, tak suka tak apa, janji saya puas hati. Bila kita lalui, kita faham ada dunia yang lebih besar dari kita, faktor yang buat kita lebih matang adalah apabila mereka sudah berkeluarga,” kata Altimet.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Mohamed Fadzil; aktor terkenal, Datuk Hans Isaac dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed