by

Peraturan dron dalam pertanian jangan bebankan petani

News Sources:

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sedang bekerjasama dengan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berhubung penggunaan dron dalam sektor pertanian.

Menurut kenyataan kementerian itu, pihaknya mengambil maklum CAAM sedang merangka satu arahan khusus bagi sektor pertanian.

Katanya, penggunaan dron dalam sektor pertanian adalah bagi tujuan semburan racun dan baja, pemantauan kawasan yang dijangkiti penyakit serta pemetaan kawasan.

“Pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian serta golongan petani menggunakan dron secara meluas dalam menjalankan aktiviti pertanian. Malah kementerian menggalakkan penggunaan dron, aspek keselamatan dan pematuhan peraturan berkaitan penggunaan dron sentiasa diberi perhatian serius.

“Kementerian juga bekerjasama dengan CAAM dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kepatuhan operator dron sektor pertanian mengenai kepentingan pendaftaran dan tahap keselamatan penggunaan dron di negara Ini,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, sebagai sebuah kementerian yang prihatin tentang kepentingan petani, pihaknya akan berbincang dengan CAAM supaya sebarang peraturan yang dikeluarkan tidak akan membebankan para petani.

Katanya, ini terutama dari segi kos yang berkaitan agar prosedur serta proses permohonan dan tempoh kelulusan adalah lebih munasabah.

“Malah Jabatan Pertanian menyediakan deraf prosedur operasi standard (SOP) semburan racun perosak menggunakan Unmanned Aerial Vehicle/dron untuk dibincangkan bersama CAAM.

“Kementerian akan memastikan peraturan dan arahan khusus melalui kerjasama dengan CAAM ini bukan sahaja menjamin keselamatan penggunaan dron oleh petani malah kepentingan dan kebajikan mereka juga terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post Peraturan dron dalam pertanian jangan bebankan petani appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed