by

Perbaharui insurans kenderaan dengan e-insurans Pos Malaysia

News Sources:

KUALA LUMPUR – Berita gembira untuk pengguna dan pemilik kenderaan di negara ini apabila tidak lagi perlu mengambil nombor giliran dan berurusan di kaunter Pos untuk memperbharui insurans kenderaan.

Ini kerana Pos Malaysia Berhad memperkenalkan aplikasi baharu pembaharuan insurans kenderaan secara digital.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengurusan dan Kepuasan Pelanggan Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Azmil Merican berkata, sebagai langkah memperkasakan rantaian perniagaan digital, Pos Malaysia melancarkan platform baharu insurans dalam talian yang kini disediakan di seluruh pelosok negara.

“Rangkaian terbaharu digital e-insurans Pos Malaysia itu membolehkan pelanggan kami memperbaharui insurans kenderaan mereka pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa perlu hadir ke kaunter secara bersemuka untuk transaksi.

“Untuk pembaharuan insurans kenderaan di atas talian, pelanggan hanya perlu menyediakan nombor MyKad, nombor pendaftaran kenderaan dan beberapa maklumat lain yang diperlukan untuk menerima premium insurans yang dicadangkan,” kata beliau dalam kenyataan tersebut hari ini.

Tambah beliau dalam perkembangan berkaitan, pelanggan akan menerima polisi insurans menerusi e-mel selepas pembayaran selesai dilakukan di dalam talian menerusi kad kredit, kad debit, e-wallet atau bayaran online FPX.

Menurutnya, pelanggan Pos Malaysia boleh memuat turun aplikasi Pos Malaysia dalam telefon pintar dari Google Play Store untuk telefon Android dan aplikasi Apple Store(iOS)dan galeri Aplikasi Huawei dengan pencarian “Pos Malaysia”.

Jelas Azmil lagi, pengguna sedia ada aplikasi itu perlu mengemaskini semula dengan versi terkini bagi membolehkan penggunaan khidmat e-insurans yang diperkenalkan.

“Pos Malaysia secara aktif memodenkan khidmat kami menerusi pendigitalan, melakukan transaksi di kaunter dan juga dalam talian yang akan membolehkan pelanggan mempunyai pilihan mengikut keselesaan mereka.

“Tidak lama lagi kami akan menambah lebih banyak produk berkaitan e-insurans dan sebagai langkah ke hadapan, pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak perkhidmatan menerusi aplikasi baharu ini termasuk kewangan, wasiat dan sebagainya,” kata Azmil.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed