by

Persiapkan diri dengan e-LatiH – M. Saravanan

News Sources:

PETALING JAYA: Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melancarkan hab e-pembelajaran terbaru bernama e-LATiH yang boleh mula diakses hari ini sebagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi tempoh sukar ketika pandemik Covid-19.

e-LATiH memberikan akses percuma kepada lebih 200 kursus latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia membuat persiapan untuk masa depan dengan mengakses beratus-ratus pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, inisiatif ini adalah hasil kolaborasi antara PSMB dan Go1, salah satu agregator e-pembelajaran antarabangsa terbesar di dunia.

Katanya, inisiatif ini dilaksanakan bagi mendorong rakyat Malaysia menerapkan pembelajaran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.

“Rakyat Malaysia harus terus berusaha dalam dunia yang semakin kompetitif, hanya mereka yang betul-betul bersedia dari sekarang akan memperoleh kejayaan di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PSMB, Datuk Shahul Hameed Dawood berkata, walaupun keutamaan organisasinya adalah kepada majikan yang membayar levi, platform e-LATiH dihasilkan sebagai usaha PSMB untuk membantu rakyat Malaysia.

“Sebagai pihak yang bertanggungjawab memelihara industri latihan dan pembangunan di Malaysia, adalah menjadi harapan kami untuk menambah nilai kemahiran seluruh rakyat negara ini,” katanya.

Pekerja dan individu akan berpeluang untuk memilih kursus pilihan mereka dari pelbagai jenis kursus latihan yang merangkumi peningkatan kemahiran juga pembangunan peribadi.

e-LATiH menyediakan 10 jenis kursus iaitu pembangunan peribadi, pengurusan projek, kepimpinan, pendigitan, pemasaran dan inovasi, pengaturcaraan kelestarian, kemahiran kewangan, bahasa, perkhidmatan pelanggan, industri spesifik, kesihatan dan keselamatan.

Tambah Shahul, oleh kerana kursus ini disediakan oleh agregator antarabangsa yang tidak berasaskan keuntungan, kursus buat masa ini hanya disediakan dalam bahasa Inggeris.

“PSMB bagaimanapun akan menambah lebih banyak kandungan dalam masa beberapa minggu ini dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia,” katanya.

Selain itu katanya, PSMB akan terus mengemaskini kursus bermanfaat dan juga yang mendapat permintaan bagi memenuhi keperluan majikan dan organisasi.

“Semua rakyat Malaysia terutama pencari kerja digalakkan mendaftar dalam tempoh pergerakan terhad ini bagi mempelajari kemahiran baharu untuk mendapatkan peluang yang mungkin menanti mereka dalam masa terdekat,” katanya.

e-LATiH tersedia untuk semua rakyat Malaysia bermula 6 Februari 2021 hingga 5 Februari 2022 dan untuk mengakses kursus latihan dalam talian secara percuma, layari https://elatih.hrdf.com.my/.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed