by

Pesakit Covid-19 lari dari Hospital Tampin

News Sources:

TAMPIN : Polis kini sedang giat mengesan seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin, dekat sini, hari ini.

Pesakit berkenaan, M. Gunasegaran, 33, dipercayai melarikan diri daripada hospital tersebut melalui tangga belakang wad yang menjadi laluan sampah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab, pihaknya kini sedang mempergiatkan usaha mengesan pesakit Covid-19 yang melarikan diri berkenaan.

“Polis menerima laporan dari penyelia Hospital Tampin, yang telah dimaklumkan oleh ketua jururawat bahagian wad Covid-19 (Wad 2C) seorang pesakit yang positif Covid-19 telah melarikan diri dari wad 2C.

“Pesakit yang beralamat di Seri Kembangan, Selangor telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 29 Disember,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anuwal berkata, pesakit tersebut juga adalah bekas banduan dari Penjara Jelebu.

Menurutnya, usaha mengesan pesakit tersebut sedang giat dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

“Kerjasama dan maklumat daripada orang awam adalah diperlukan. Jika terkesan atau terjumpa subjek, sila hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Tampin di talian 06-4411222.

Orang awam juga boleh menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyalurkan maklumat. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed