by

Pesakit Covid-19 warga tempatan dipindah segera hari ini

News Sources:

BALIK PULAU: Pesakit warga tempatan yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kompleks Sukan Balik Pulau di sini akan dipindahkan segera ke Pusat Latihan Zakat (Pulaza), Pantai Acheh di sini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam selepas isu berhubung kesesakan dan ketidakselesaan pesakit warga tempatan hangat diperkatakan sejak kelmarin.

“ZPP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) bersetuju memberi kebenaran agar semua pesakit Covid-19 warga tempatan yang ditempatkan bersama warga asing di Kompleks Sukan Balik Pulau dan menjadi isu hangat sehari dua ini, dipindahkan segera ke Pulaza.

“Difahamkan, proses perpindahan akan berlangsung esok (hari ini), insya-Allah,” tulisnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, pihaknya berasa lega setelah rayuan dan aduan netizen berhubung ketidakselesaan pesakit yang dikenakan kuarantin di kompleks berkenaan mendapat perhatian pihak terbabit.

“Kita mengharapkan supaya isu yang berbangkit ini dapat diselesaikan dengan penambahan pusat kuarantin yang baharu itu.

“Kita juga meminta pihak Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenal pasti lagi dewan yang boleh menempatkan pesakit Covid-19 di sekitar negeri ini.

“Selain di daerah Barat Daya, Dewan SP Arena di Seberang Perai Tengah dan Dewan Millenium di Seberang Perai Utara antara lokasi yang boleh menampung pesakit menjalani kuarantin Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed