by

Pesakit lelaki maut jatuh tingkat 5 HTF

News Sources:

KANGAR: Seorang pesakit darah tinggi ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.25 tengah malam, mangsa berusia 69 tahun dikatakan terjatuh melalui koridor blok A hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dimasukkan ke HFT pada Isnin lalu berkaitan sakit darah tinggi.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa meminta kebenaran pulang kerana tidak mahu tinggal di wad.

“Kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HTF, Dr. Othman Warijo berkata, pesakit terbabit dimasukkan ke wad  selepas mengadu sakit kepala dan muntah. 

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan akut di serebelum (acute cerebellar hemorrhage) berpunca tekanan darah tinggi,” kata beliau. 

Menurut beliau, mangsa sentiasa ditemani  anaknya dan pihak hospital dan polis sedang menyiasat punca kejadian..

Katanya, orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan pesakit di HTF kerana langkah-langkah perlu telah diambil dan sentiasa diawasi.- UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed