by

Pesara, bekas polis boleh kemaskini maklumat untuk bantuan RM500 esok

News Sources:

KUALA LUMPUR – Para pesara, bekas polis dan juga petugas polis era darurat yang menerima pembayaran RM500 secara sekali bayar  (one off) perlu mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem laman web e-perasa polis

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, mereka yang bakal menerimanya terdiri daripada bekas Polis Hutan Simpanan, Jungle Squad, Senoi Praaq, Pengakap Sempadan (BS) Sabah & Sarawak, Polis Tambahan (AP), Konstabel Tambahan (EPC), Konstabel Khas (SC), Konstabel Khas Wanita (WSC), Penolong Penguasa Polis Kontrak, Inspektor Kontrak, Pegawai Kampung (HG), Sarawak Constabulary (SWC) dan North Borneo Armed Constabulary (NBAC) yang masih hidup.

Menurutnya, satu sesi hari bersama pesara bekas dan petugas polis akan diadakan mulai esok hingga 19 Februari ini bagi tujuan mengemaskini maklumat kesemua penerima yang layak.

Untuk tujuan ini, pesara, bekas dan petugas polis yang ingin membuat permohonan perlu mengemaskini maklumat di pautan http://[email protected]

“Bagi memudahkan mereka untuk mengemaskini maklumat dalam sistem berkenaan, Polis Kuala Lumpur akan mengadakan Hari Bersama Pesara Polis, Bekas Polis dan Petugas Polis Kontinjen Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Foyer B IPK Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program itu turut diadakan secara serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang terletak di bawah pentadbiran kontinjen Kuala Lumpur.

Menurut Saiful Azly, program itu akan diadakan di lobi IPD Brickfields, Dewan Serbaguna IPD Cheras, Dewan Kelab, IPD Dang Wangi, Dewan Integriti IPD Sentul, Mes Pegawai Kanan, IPD Wangsa Maju dan lobi IPD Putrajaya.

“Setiap pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan sepertimana yang disyaratkan di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia.

“Untuk pesara polis perlu mengemukakan salinan MyKad Awam dan salinan Kad Pesara Polis atau Kad Pesara JPA dan salinan akaun bank atau penyata bank.

“Bagi bekas polis dan petugas polis, salinan kad pengenalan awam, salinan dokumen pengesahan jawatan, dan salinan akaun bank atau salinan penyata bank,” tegasnya.

Saiful Azly turut menasihati semua pihak yang akan berurusan mulai esok supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cawangan Hal Ehwal Pesara Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 sambungan 409 atau 224.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed