by

Peti besi Ancelotti dicuri – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Sebuah peti besi dicuri dari rumah pengendali Everton, Carlo Ancelotti dalam satu kejadian rompakan, kelmarin.

Dalam kejadian pukulan 6.30 petang itu, dua lelaki berpakaian hitam memasuki kediaman Ancelotti dan kemudian melarikan diri selepas kehadiran mereka disedari anak perempuan pengendali Itali itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya sebuah peti besi dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Jurucakap polis Merseyside, pihak mereka menerima laporan pecah rumah di Crosby pada petang kelmarin pada pukul 6.35 petang dengan dua lelaki masuk ke dalam sebuah kediaman di Hall Road East.

“Penjenayah itu mengenakan pakaian serba hitam dan siasatan mengenainya sedang dijalankan dengan semua CCTV akan disemak bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, Ancelotti berkata, dia sangat gembira untuk tinggal di kawasan itu.

“Keadaan di sini tenang. Hubungan saya dengan penyokong juga sangat baik dan tidak banyak kritikan terhadap saya di sini.

“Kediaman di sini dekat dengan laut. Sesuai untuk berbasikal dan berjalan kaki,” katanya.-AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed