by

Petrol percuma, isi sampai penuh tangki

News Sources:

BAGAN SERAI: Seramai 600 penunggang motosikal mendapat minyak petrol percuma dalam program Jom Minyak Percuma di tiga buah stesen di sekitar Bagan Serai hari ini.

Program dianjurkan Pemuda UMNO Bagan Serai dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Mohamad Noor Dawoo.

Ketua Bahagian UMNO Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, program diadakan di stesen minyak BHP Simpang Empat, Semanggol; Petronas Batu 10 dan Caltex di Alor Pongsu.

Menurutnya, pihaknya memperuntukkan 200 buah motosikal tanpa mengira kapasiti enjin mendapat minyak petrol secara percuma.

“Semua motosikal yang datang di tiga buah stesen minyak petrol yang terpilih, akan diisi sehingga penuh tangki.

“Program ini memberi impak yang positif dan kita akan adakan lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di stesen minyak Petronas Batu 10, Jalan Taiping di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Noor berkata, program itu dapat merapatkan hubungan di antara Pemuda UMNO dan kepimpinan bahagian parti itu.

“Program ini memberi pendedahan kepada pemimpin peringkat Pemuda UMNO mendekati golongan yang lebih senior dalam parti,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed