by

PH sokong Program Imunisasi Kebangsaan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Tiga parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH)- PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebulat suara menyokong Program Imunisasi Kebangsaan yang diumumkan Perdana Menteri hari ini.

Dalam satu kenyataan Jawatankuasa Imunisasi PH, gabungan pembangkang itu berkata, kejayaan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan penting untuk memulihkan ekonomi, mengurangkan penularan pandemik dan memulihkan kehidupan rakyat.

“Pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang harus menjadikan ia misi nasional terpenting dan tidak gagal.

“Kerajaan negeri PH, ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PH akan memberi kerjasama dan sokongan kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk menjayakan program ini. Kerana ia melangkau perbezaan politik,” kata Jawatakuasa Imunisasi PH.

Jawatakuasa itu diketuai bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad dan disertai lima lagi ahli Parlimen dan exco kerajaan negeri.

Antaranya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii; Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming; Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Maria; Exco Kesihatan Pulau Pinang, Dr Norlela; dan Exco Kesihatan Negeri Sembilan, Veerapan.

Pada masa yang sama, gabungan itu menyeru agar wakil pembangkang juga dimasukkan dalam jawatankuasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ia bagi memastikan program itu adalah sesuatu usaha yang bersifat bipartisan dan demi kepentingan negara.

“Penerangan yang efektif menjadi penentu kejayaan program Imunisasi ini. Maka, kami menyeru kerajaan supaya menyediakan rancangan komunikasi yang komprehensif untuk menerangkan rancangan imunisasi kepada warganegara dan bukan warganegara.

“Komunikasi multi-modal, pelbagai medium, pelbagai bahasa yang aggressif perlu dilaksanakan,” kata kenyataan itu lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada 21 Februari depan dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dimulakan 26 Februari depan.

Untuk rekod, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa.

Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan bermula pada 26 Februari sehingga April depan.

Fasa kedua program itu akan bermula pada bulan April sehingga Ogos depan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi manakala fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Februari tahun depan. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed