by

PH wajar manfaatkan angka 109 melalui grand coalition

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) sewajarnya memanfaatkan angka 109 majoriti yang dibuktikan dalam pengundian Belanjawan 2021 di Parlimen tempoh hari. 

Pemuda Amanah Nasional melihat idea gabungan besar atau grand coalition adalah cadangan yang tepat setelah mendakwa ditipu berkali-kali oleh ahli Parlimen UMNO.

Timbalan Ketuanya, Taqiuddin Che Man berkata, pihaknya sudi menawarkan diri untuk membentangkan cadangan gagasan itu untuk diteliti dan dibahaskan di peringkat Majlis Presiden PH.

“Pemuda Amanah Nasional menafikan kenyataan Setiausaha Angkatan Muda PKR, Ahmad Syukri Razab yang menyatakan idea gabungan besar sebagai idea pramatang. Sebaliknya, kami menyatakan pendirian ia bukanlah idea baharu pihak pembangkang dan formula terbaik dalam menghadapi kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, seterusnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita mengharapkan perbahasan tentang idea ini mampu menatijahkan keputusan yang tuntas, sekali gus mengukuhkan kedudukan pembangkang untuk memenangi PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan.

Parlimen meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat semalam dengan sokongan 111 ahli Parlimen, 108 tidak menyokong dan seorang tidak hadir, sekali gus menggagalkan cubaan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Ahmad Syukri melabelkan idea gabungan besar sebagai tindakan pra matang.

Katanya, mereka yang menyokong perkara itu seolah-olah membayangkan PKR perlu mengalah dan mengetepikan kepentingan parti demi membentuk gabungan berkenaan.

Ia termasukl mengabaikan rancangan mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed