by

Pil `buat manusia kuat’ dirampas lagi

News Sources:

KLANG: Pil Captagon atau dadah `buat manusia kuat’ dirampas dalam pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Barat di sini, Isnin lalu.

Serbuan pukul 5.30 petang hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama General Direktor Kawalan Narkotik Arab Saudi.

Jumlah rampasan melibatkan 3.8 juta pil  dengan  berat 650 kilogram (kg). Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan menerusi operasi tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain berkata, dadah berkenaan dibawa dari sebuah negara di Asia Barat sebelum tiba di pelabuhan tersebut pada Ahad lalu.

Menurut beliau, dadah itu sepatutnya dipindahkan ke sebuah kapal lain yang akan meneruskan perjalanan ke Singapura sebelum menuju negara di Asia Barat yang dijadualkan Selasa lalu.

“Hasil pengimbasan mendapati kontena tersebut mengandungi sejumlah 19 palet kayu berisi 899 kotak dengan 875 kotak mengandungi aluminium floor spring berisi pil Captagon,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed