by

Pinjaman ASB: Segera runding dengan bank

News Sources:

KUALA LUMPUR: Semua peminjam Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang terkesan dengan komitmen ansuran bulanan yang tinggi diminta berunding dengan pihak bank masing-masing bagi mengurangkan faedah pinjaman mereka.

Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), Mohammad Hussin berkata, perkara ini bukannya sukar kerana ia mempunyai fleksibiliti dan toleransi daripada pihak bank yang menetapkan kadar faedah pinjaman.

Bagaimanapun, katanya, pinjaman pelaburan itu tidak sepatutnya dibuat berdasarkan kelayakan semata-mata, sebaliknya mengikut kemampuan perbelanjaan individu.

“Sepatutnya, dividen ASB bukan digunakan untuk membayar semula pinjaman. Ia adalah jumlah pengganda. Tidak mustahil untuk jangka masa panjang jumlah RM200,000 unit boleh menjadi sekali ganda jika dividen tidak dikeluarkan.

” Tapi apa yang menjadi masalah, ada pelabur yang menjadikannya sebagai ‘modal pusingan’ pinjaman berkenaan yang akhirnya mereka sendiri tersepit,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

ASB sebelum ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Agihan pendapatan tahun ini adalah terendah dalam sejarah berbanding tahun lalu iaitu lima sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, setiap pelabur tidak sepatutnya ‘tama’ dan perlu bersabar bagi menikmati pulangan yang lebih lumayan dalam jangka masa panjang.

“Nanti ada pula yang menyesal apabila dividen naik. Perlu diingat ini adalah pinjaman untuk jangka masa panjang,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed