by

Piya di mana? – Utusan Digital

News Sources:

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) mengesahkan kapten mereka, Mohd. Badhri Radzi atau Piya hanya menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut sebelum kembali bersama The Green Dears untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata, pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan tonggak berusia 39 tahun itu tidak berdepan masalah kesihatan, sekali gus dapat ­beraksi dengan baik pada sai­ngan liga nanti.

Katanya, ia hanya prosedur biasa buat seorang pemain bola sepak profesio­nal.

“Untuk makluman, Piya sudah menjalani ujian (pemeriksaan kesihatan) sebelum ini dan lulus. Bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik, kita melakukannya sekali lagi.

“Jadi spekulasi yang tersebar mengatakan Piya sakit dan pasukan perubatan KUFC gagal membuat pemeriksaan ke atas kapten pasukan itu tidak benar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Wan Zul Ikman memberitahu, KUFC berterima kasih kepada peminat yang dilihat cukup cakna dengan tahap kesihatan Piya.

Katanya, Piya dijangka kembali dalam masa terdekat.

“Insya-Allah perkembangan terkini Piya dan pasukan yang sahih boleh didapati di laman sosial rasmi Kelantan United Fotball Club,” ujarnya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed